PERKHIDMATAN TERKINI DI SEDIAKAN DI AL-BAGHDADI
Assalamualaikum w.b.t,
Kepada para pengunjung Al-Baghdadi, kami bersedia menawarkan perkhidmatan Bekam yang dikendalikan oleh tenaga pakar....sila berhubung dengan kami untuk keterangan lanjut seperti tertera di bawah.
1. RAWATAN BEKAM
Yuran : Bayar Seikhlas Hati
Tempoh : 1 - 2 JAM
Hari : Setiap Hari Khamis - Selasa (Kecuali Rabu)
Lokasi : Simpang Lima, Batu Pahat
Hubungi : 012-7246738
MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 3
bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi
lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel
darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum
dikumuhkan.
Sel darah
ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru
mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah
yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam
sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari
tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan
dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi
dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala
awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih,
kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah
mengantuk dan mudah pitam.
“Dengan
ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita
yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada
penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis),
darah tinggi, migrain dan sebagainya.”
Adalah
menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita
sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada
Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya.
Insya’Allah…
Sabda Rasulullah SAW…
“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)
“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)
KEBAIKAN BERBEKAM
* Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
* Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
* Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur..
Bekam Membantu Mengeluarkan Kolestrol Dalam Badan

Betul ke tuan bekam ni boleh buat kolestrol dalam badan?
Ya
bekam membantu mengeluarkan kolestrol.
Tentunya ramai risau dengan
kolestrol, yela kita kerap dikejutkan dgn serangan jantung disebabkan
kolestrol ni.
Berapa kali kita nak buat bekam utk keluarkan semua kolestrol dalam badan tuan?
Sebenarnya tuan kena ubah 360 darjah soal kolestrol ni. Melalui rawatan
ni kita mengeluarkan bukannya 100% mungkin sekitar 30-40% selebihnya
perlukan usaha kita.
Usaha yg macamna tu tuan?
Mulakan
dgn diet yg seimbang. Kurangkan pengambilan garam, gula dan protein
secara berlebihan. Kurangkan bukan bermaksud tak ambil langsung. Dalam
keadaan terkawal. Amalkan pengambilan oat, ini kerana oat ibarat span yg
menyerap kolestrol dalam badan kita.
Perbanyakkan riadah
bersama keluarga dan bersukan untuk mengeluarkan peluh. Atau tuan suka
berkebun atau melakukan aktiviti outdoor lain.
Kemudian boleh la
beramal dgn berbekam. Berbekam bukan sahaja membantu tuan mengeluarkan
kolestrol malah meningkatkan metabolisme (membakar kalori) dan
menguatkan sistem imun badan.
Bekam bukan sekadar mengeluarkan darah malah lebih dari itu.
SYARAT UNTUK BERBEKAM


No comments:
Post a Comment